PAS MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN

Wednesday, December 30, 2009

WOW.... kayanya Taukey ini..... Sapa Tu.... Yang Pasti... Mestilah Kumpulan OKU......

MZ.Hakujaya Milik Ketua Pemuda Umno?

E-mail Print PDF

KUALA TERENGGANU – Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong bernilai RM300 juta dianugerahkan kepada M.Hakujaya Sdn Bhd.


M.Hakujaya adalah dipercayai sebuah syarikat pembinaan milik Saiful Bahri Baharudin yang juga Ketua Pemuda Umno negeri Terengganu.

Maklumat yang dipaparkan dalam Direktori CIDB menyatakan M.Hakujaya Sdn Bhd beralamat di Wisma MZ Lot 1241, Gelugor Kedai, Kuala Terengganu.

Rekod perolehan projek-projek kerajaan menunjukkan betapa ‘kayanya’ Ketua Pemuda Umno Terengganu itu.

M.Hakujaya, syarikat pembinaan Gred G7 itu telah mendapat kontrak pembinaan sebanyak hampir RM200 juta sejak tahun 1997.

Yang terbaru, sebelum dianugerahkan Projek Jalan dan Jambatan Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong, syarikat tersebut baru saja mendapat projek Pembangunan Projek Pendidikan Bg Sek. Keb. Kompleks Tembesu (24 Bilik Darjah), Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu, yang bernilai RM23 juta pada 30 September, 2009

Dalam melaksanakan projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong MZ Hakujaya didakwa tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan penduduk dan pemilik yang terlibat






Projek Baru ... Kenapa Gelojoh Sangat... ??? Berbincanglah Dulu Dengan Pengundi YB....

Pembangunan ‘Gelojoh’ Kerajaan

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita18/projektepoh1.jpg
Tepoh, KUALA NERUS – Dengan slogan ‘merakyatkan pembangunan’ kerajaan negeri Terengganu telah melaksanakan ‘projek’ dengan ‘tergesa-gesa’ tanpa mengambil kira langsung, sentimen dan perasaan rakyat.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Muzafeq Muhammad berkata tindakan ‘gelojoh’ tersebut adalah kerana, pihak kontraktor mahu pulangan segera setelah ‘melabur’ kepada pelobi yang berjaya mendapatkan tender berkenaan.

”Ini yang berlaku kepada projek ini, pemilik tanah dan rakyat tempatan tidak diberitahu buat dan dirundingkan tentang pembesaran jalan,

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/projektepoh3.jpg“kelmarin kontraktor paket tanah, hari ini sodok selalu,”katanya yang ditemui ditapak Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Jeram ke Kampung Tok Kong, Batu 9 Jalan Kelantan, disini semalam.

Menurutnya beliau segera hadir setelah dihubungi rakannya yang juga pemilik tanah Tapak Semaian (Nursery) memaklumkan, tanahnya akan di sodok untuk pembangunan jalan.

Katanya, rakan tersebut, Mohd Ramzim Mohd Yusof, 35, sedang bertugas sebagai pekerja swasta di daerah Kemaman, mewakilkan urusan tanah terbabit kepada pihaknya.

Muzafeq (Gambar kanan - berbaju biru laut) agak terkejut, apabila perbincangan dibuat dengan pihak kontraktor, beliau dimaklumkan oleh ‘pengurusnya’, tanah tapak ‘nursery’ yang akan disodok itu adalah termasuk dalam rezab jalan

”Apabila saya tanya, sudahkah berbincang dengan pemilik dan pengusaha ‘nursery’, pekerja tersebut menjawab beliau tidak tahu,”ujar Muzafeq.

Sehubungan itu, wartawan Buletin membuat tinjauan sekitar penduduk berhampiran bagi mengetahui kedudukan sebenar perlaksanaan projek terbabit.

Lebih menghairankan, kesemua penduduk dan pemilik tanah yang dijangka ‘terkesan’ dengan pembangunan tersebut turut tidak mengetahui apa-apa, kecuali mendengar dari cakap-cakap orang ramai.

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/projektepoh2.jpg”Tak….. tak ada, tak tahu….pun, JKKK tak mari bincang, kontraktor tak mari bincang, wakil rakyat pun tak nampak batang hidung,”kata seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Mamat, ketika ditemui Buletinonline.

(Gambar kiri - rumah milik seorang warga emas yang akan menjadi korban projek)

Beliau yang sedang menampal tayar motosikalnya ketika ditanya menjawab tidak tahu bila projek tersebut bermula dan yakin tidak ada pihak Jawatankuasa Keselamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) yang bertemu dengan keluarganya.

”Tak dok…… tak dok…. Kalu ada Ayah mesti khabor,”katanya ringkas.

Seorang warga emas yang mahu dipanggil sebagai ‘Pok’ sahaja turut mengesahkan perkara yang sama.

Beliau yang memiliki tanah dan rumah berhampiran kawasan itu berkata, kawasannya mungkin tidak disodok kerana pagar rumah yang didiami anaknya itu, terletak diluar ‘batu sempadan’.

Sambil menunjukkan sudut dimana terletaknya ‘batu’ itu, Pok berkata beliau tidak tahu tarikh sebenar projek tersebut akan dilaksanakan, namun pernah mendengar ‘khabar-khabar’ tentang projek tersebut sebelum ini


Papan tanda projek yang terdapat dikawasan itu menyatakan projek pembangunan tersebut yang telah dianugerahkan kepada MZ.Hakujaya Sdn Bhd.
.


Seterusnya >> MZ.Hakujaya milik Ketua Pemuda Umno Terengganu?


http://buletinonline.net/images/stories/berita18/projektepoh.jpg
Last Updated ( Wednesday, 30 December 2009 13:42 )

Monday, December 28, 2009

Mana Tanda HALAL JAKIM ??? - Halalkah makanan ini ???



KERAJAAN Malaysia dicabar oleh beberapa blog, kerana tidak mampu bertindak terhadap sebuah kilang yang terus beroperasi mengeluarkan makanan kepada pengguna-pengguna Islam, walaupun tiada tanda halal dari JAKIM dan permohonannya telah ditolak oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sebuah kilang memproses bihun dan laksa, iaitu:

KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.
(Co. No. 365216-T)
Alamat:
Lot 1123,
Tingkat Selamat 6, Kampung Selamat,
Tasek Gelugor, Seberang Prai
13300. P.Pinang.

Kilang tersebut dikatakan bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi & rumi. Malahan kilang itu mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG. Kilang ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sehingga sekarang Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd ini masih beroperasi di bawah nama:

ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
Alamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.

Difakamkan syarikat ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD sudah tidak lagi beroperasi, sedangkan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD beroperasi di tanah yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar.

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi luasnya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak ratusan ekor babi bersebelahan kilang bihun tersebut, dan hanya dipisahkan dengan pagar usang yang sudah rosak.

Sunday, December 27, 2009

Bekas Model Berjumpa TGNA .... Apa lagi UmNooo nak kata...

Bekas model sambilan Kartika bertemu Nik Aziz

KOTA BARU, Dis 28 — Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Mursyidul Am PAS itu di kediaman rasminya di JKR 10 di sini

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi yang berusia lima tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui Nik Aziz.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak.

Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika bertegas mahu menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun banyak pihak merayu hukuman ke atasnya dikaji semula atas alas an bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Satu Kereta Isi Minyak 2-3 kali dalam masa minit ... Satu penyalahgunaan kad Indent...

Chukai, KEMAMAN – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah memberi jawapan yang tidak betul berkenaan kereta kerajaan yang menyelewengkan penggunaan minyak.

http://buletinonline.net/images/stories/berita13/curiduitindent1.jpg


Menurutnya, Ahmad menjawab demikian, demi untuk menutup kelemahan pentadbirannya yang dipertikaikan oleh Jabatan Ketua Audit Negara. “Tidak betul, dia nak tutup kelemahan dia, dia kata pasal kereta konvoi, jadi kereta lain tak ada kad (indent) minyak, pasal apa jadi gitu, kereta kerajaan semua ada kad (indent) minyak,”katanya ketika ditemui selepas ceramah penerangan isu sidang DUN di sini semalam.

Katanya, semua kereta atau kenderaan milik kerajaan memiliki kad (indent) minyak masing-masing, bahkan menjadi satu kesalahan sekiranya sesebuah kereta menggunakan kad (indent) minyak kereta lain.

Katanya beliau telah menyemak dengan pihak Jabatan Audit Negara berkenaan jawapan yang diberikan oleh Ahmad dalam Sidang DUN baru-baru ini.

Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf (ADUN) Mempelam telah menimbulkan isu penyelewengan pemggunaan minyak kenderaan milik kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010, Ahmad Said cuba menafikan kegitan mencuri minyak dikalangan pemandu kenderaan kerajaan yang menyeleweng dengan mengatakan kereta-kereta tersebut mengisi minyak secara beramai-ramai dan tidak mempunyai kad (indent) minyak, lalu mengisi minyak menggunakan satu kad (indent) minyak sahaja.

Jawapan Ahmad juga menolak kesahihan Laporan Ketua Audit Negara yang telah dikeluarkan pada 22 Julai, 2009

”Ahmad sepatutnya mengambil tindakan mengelakkan kejadan berulang, kerana saya telah dimaklumkan oleh Bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, penyelewengan penggunaan minyak oleh kenderaan kerajaan telah berlaku sejak lama dulu,”kata Wahid dalam ceramah yang disampaikannya.

Saturday, December 26, 2009

Program Kebajikan Kawasan Kuala Nerus- Sumbangan Persekolahan...


Orang ramai khusyuk mendengar ucapan dan amanat daripada YDP Kuala Nerus


Kehadiran orang ramai di majlis tersebut....

Ucapan daripada Timbalan Ketua Kebajikan Negeri Dewan Muslimat PAS Terengganu memberikan ucapan. Beliau juga merupakan isteri Tok Guru Haji Hadi Awang



Ucapan perasmian dilakukan oleh Yang Berbahagia Ustaz Abu Bakar Abdullah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus. Tahniah Ustaz, teruskan usaha murni ini....

Saturday, December 19, 2009

Tahniah Ustaz Ab u Bakar Abdullah

Pihak blogger kebajikan Dun Tepoh mengucapkan jutaan Tahniah kepada YDP PAS Kawasan Kuala Nerus kerana menerima menantu ke berapa agaknya..... semalam bersamaan 19 Disember 2009.

Kami mendoakan semoga menantu yang diterima bakal menjadi menantu solehah. Tahniah kepad Fadhil......

Saturday, December 12, 2009

TAKZIAH : PAS Cwgn Taman Permint Makmur Kehilangan Timbalan Ketua Cawangan

Takziah kepada PAS Cawangan Taman Permint Makmur kerana kehilangan Timbalan Ketua Cawangan yang kembali kerahmatullah pada 12 Disember 2009. Pemergian saudara Solahuddin atau lebih dikenali sebagai Pok Din Kapal sangat2 dirasai kerana sumbangan beliau kepada PAS Cawangan. Pok DIng kena 'angin' pada hari Rabu yang lalu dan mengakhirkan hayatnya pada kira-kira jam 2.20 pagi hari Ahad....

Jasa dan bakti beliau kepada PAS Cawangan Taman Permint Makmur dan Surau Wakaf Tembusu sangat2 besar dan tidak mampu dinyatakan...semoga segala jasa2 baktinya dan kebajikan yang dilakukannya membolehkan ALLAH menempatkan beliau bersama para solehin..... amin....


Gambar terakhir Pok Din sedang menakir tulang lembu korban semasa majlis meraikan mangsa Banjir... Semoga amal bakti Pok Din membantu beliau di alam sana... amin....
Sapa pulak akan menggantikan beliau nanti agaknya? Semoga patah tumbuh hilang berganti....... amin.....


http://tepoh-kebajikan.blogspot.com/2009/11/terima-kasih-pas-cawangan-taman-permint.html

Tuesday, December 1, 2009

Pusu 3.... Penduduk Berpindah Untuk Kali ke 2....

Mana penggera ??? Tak berbunyi pun.... Nampaknya penggera untuk menyatakan banjir melanda.... tidak berbunyi pada kali ini..... Ada lagi ke tak ??? Ke hanyut dah dek banjir...... Berbaloi ke dengan harganya yang mencecah RM 150 K seunit ????

Banjir bermula pada jam 12 tgmlm tadi hasil dari hujan lebat selama 2 hari dan paling lebat pada jam 10.30 mlm tadi.......

Maas ...gambar tak dapat upload lagi....

Tapi tahniah kepada Muslimat PAS Cawangan Taman Permint Makmur kerana menyediakan sarapan kepada penduduk yang sibuk berpindah...


Nanti balik nanti...kami upload semula gambar.....insyallah