PAS MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN

Monday, December 13, 2010

BN = Barang Naik...

Thursday, December 9, 2010

Apabiloa UmNooo Bercakap Tentang Melayu....

Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.


Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.


Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.

· Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak


· Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?


Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.

· Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

· Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

· Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

· Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

· Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

· Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Friday, October 29, 2010

Mana konsep 1 Malaysia yang dibangga2kan...UmNooo Rasis...

Tuesday, October 26, 2010

Adik Ipar Perdana Menteri Britain Peluk Islam....

Adik Ipar Tony Blair Peluk Islam
Posted on Sunday, October 24 @ 18:44:26 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Luar Negara Oleh: bumirel

"Puan Lauren Booth saudara ipar kepada Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain telah memeluk agama Islam selepas enam minggu melawat makam Fatima al-Masumeh di bandar raya Qom Iran.

Beliau yang juga merupakan rakan kepada Yvone Ridley bekas wartawan yang ditahan kumpulan Taliban, kemudian memeluk Islam enam tahun lalu.

Menurut berita yg dilapurkan oleh Dailymail U/Kingdom semalam 24hb.10 bahawa Lauren Booth memeluk Islam setelah tinggal sementara di Iran.

Katanya beliau sekarang sudah meninggalkan makanan daging babi, alcohol dan semakin selalu bersembahyang di masjid tempatan serta kini sudah memakai tudung kepala setiap kali untuk keluar rumah.

Lauren Booth yg bertugas sebagai penulis dan penyiar ini berada 6 minggu di Bandar Qom Iran, dan selepas kembali ke Britain beliau mengambil keputusan untuk menukarkan agama nya kepada agama Islam.

Sekarang “saya sekarang sudah sembahyang lima waktu dan selalu membaca Al Quran serta kini saya sudah melepasi muka surat 60” katanya. Ceritanya semasa tinggal beberapa bulan di Iran, beliau juga banyak menghabiskan masa di Palestin dan lebih bersimpati dengan nasib yg dialami orang orang disana, “saya banyak menerima ketenangan di sini”.

Lauren mengakhiran perbualan nya, “semoga dengan penghijarahan nya ini akan banyak membantu untuk mempengaruhi abang ipar nya Tony Blair nanti” agar mengalih perhatian nya kepada Islam, tambahnya lagi.

Subhanallah… - http://sentiasa.blogspot.com "

Sunday, October 24, 2010

Lagi Gambar Menarik XPDC Gunung Stong

Mencatatkan nama untuk mendapatkan sijil pendakian

Berehat sebentar di tengah2 perjalanan


Menantikan mentari pagi terbit.... sungguh menarik, tenang dan damai....

Sempat lagi bergambar dengan Group Fanatik Wakaf Tengah.... hahahhaa....

Kuatnya possing... pantang jumpa lokasi....

Bergambar bersama peminat di puncak Gunung Stong.... jinaknya tupai di sini.....



Cikgu menerima 6 keping gambar kiriman peserta XPDC untuk diuploadkan di dalam blog... terima kasih kepada Mie....

Kepada mana2 lagi peserta yang mempunyai gambar2 menarik untuk diuploadkan di sini.... kirimkan kepada cikgu melalui email Cikgu di alamat mfauzi_72@yahoo.com dalam bentuk JPEG... Insyallah Cikgu akan uploadkan semuanya.... asalkan menarik....

Monday, October 18, 2010

Ceramah Perdana.....

Tuesday, October 12, 2010

Program Cakna Ramadhan Dun Tepoh di kampung Mok Jintan


Mendengar sedikit Tazkirah daripada Yang Berbahagia Ustaz Abu bakar Abdullah, Pengerusi MTD Dun Tepoh.







Program Cakna Ramadhan juga telah memilih Kg Mok Jintan sebagai kampung terpilih menerima sumbangan Lujnah kebajikan Dun. Sebanyak 11 buah keluarga mendiami kawasan perkampungan tersebut. Alhamdulillah, Lujnah Kebajikan Dun telah bermurah hati memberi kepada semua keluarga sedangkan budget asal, sumbangan hanya diperuntukkan sebanyak 8 buah keluarga sahaja. Perkampungan ini termasuk dalam Dun Tepoh tetapi untuk memasuki kawasan perkampungan ini, rombongan terpaksa melalui kawasan Langkap.

Sumbangan Ramadhan - PAS Cawangan Taman Permint Menghulurkan Bantuan...







Sempena Ramadhan yang lepas, PAS Cawangan Taman Permint Makmur telah memilih 10 buah keluarga untuk dihulurkan bantuan dan sumbangan. Sumbangan telah dilaksanakan oleh Ketua Cawangan Taman permint Makmur iaitu saudara Wan Abdul Halim bersama Tn Haji Sidek selaku AJK Kawasan Kuala Nerus.

Program Cakna Ramadhan Dun Tepoh

Lujnah Kebajikan Muslimat Tepoh telah menyampaikan hamper sumbangan kepada fakir miskin sekitar Dun tepoh. Kira-kira 60 hamper telah disampaikan oleh isteri Tok Guru Datuk Ser Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Majlis telah diadakan pada sekitar jam 3 petang bertarikh 7 Ogos 2010.


Ucapan dan Tazkirah daripada Ketua MTD Dun Tepoh, Ust Abu Bakar Abdullah

Ucapan perasmian oleh isteri TGHH

Hadirin yang hadir mendengar ucapan dengan penmuh kekhusukkan






Mewakili keluarga untuk menerima sumbangan...


Peserta yang hadir di kalangan Muslimat Tepoh...


XPDC Gunung Stong bersama Pemuda Dun Tepoh

Setelah selesai mengeksplorasi 3 gua, rombongan XPDC menuju ke Stong Resort untuk memulakan pendakian ke Kem Baha.


Wow... tinggi lagi le.... di punca air terjun iutlah terletaknya kem baha...

Menyeberangi aliran air terjun menuju ke Kem Baha...


Eksopresi peserta kebuluran.... punya semangat menenyeh jem di roti tanpa melihat sekeliling...
Ni nak buat apa ni Cikgu Ding.... aik...paka i cucoq segera je ke...???

Laaaa..... Cikgu Dingggg.... buat cucuq ke main pondok2... awat sampai ke muka.... tak masak lagi tu...jangan makan lagi....


Uas Iwami & Ust Khairi makan menda tu.... masok dok agi...???


Di LARANG menggunakan Handphone...??? Mentang-mentanglah line penuh.... atas bukit pun tetap meneruskan komunikasi.....hebat..hebat.... ke bagi laporan....

Sedih je tengok.... kesian pulak tengok.... tapi senyuman tu macam puas hati.... confius....

Bersedia untuk mendaki Gunung Stong pada pagi Sabtu... straching di ketuai oleh saudara Kamaruddin...

Bergambar sebelum mendaki Gunung.... 4 jam tu......

Akhirnya... banner XPDC Gunung Stong Pemuda Dun Tepoh berjaya dikibarkan di puncak Gunung Stong dengan bangganya.... amboi Cikgu sorang tu..seksi plak....

Dengan bangganya mengistiharkan Pemuda Dun Tepoh telah berjaya sampai ke Gunung Stong yang berada pada ketinggian 1400 meter dari paras laut.... TAKBIR !

XPDC Gunung Stong bersama Pemuda Dun Tepoh - Eksplorasi 3 Gua...




Majlis perlepasan XPDC. Penolong ketua Pemuda, saudara Yusri sedang memberikan ucapan sambil diperhatikan oleh semua peserta termasuk U Abu Bakar Abdullah.
Alhamdulillah pada 8 dan 9 Oktober 2010, seramai 20 orang pemuda Dun Tepoh telah meneruskan XPDC Gunung Stong. Sebagai Pengarah program, Cikgu telah turut sama bersama dengan 19 orang pemuda lain untuk XPDC tersebut. Gambar-gambar akan diupdate kan.


Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan ucapan Penolong Ketua Pemuda dan seterusnya diiukuti oleh ucapan Ustaz Abu Bakar Abdullah seterusnya membacakan doa supaya perjalanan peserta XPDC dilindungi ALLAH hendaknya.

Rombongan XPDC selamat tiba di Dabong, Jeli dan berhenti rehat untuk makan tengahari dan bersolat Jumaat pada kira-kira jam 12 tengahari. ...Selepas bersolat Jumaat, rombongan meneruskan cabaran pertama dengan merentasi 3 buat Gua yang terdapat disekitaran iaitu Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Kelam....
Para peserta XPDC memulakan pendakian ke Gua Pagar... leloh wei.....


Gambar sekitar Gua Pagar....Taklimat dan penerangan diberikan oleh Guide Abe Lan bagaimana Gua Pagar mendapat nama...

Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat...



Evolusi tumbuhan juga dapat dilihat di sini... bermula dengan tumbuhan satu daun....


Tumbuhan banyak daun....

Bergambar di luar Gua Pagar....

Bergambar di hadapan arca keris .... di dalam Gua Keris....
Arca keris wujud hasil daripada proses Stalagtik & Stalakmit...(betul tak ejaan tu)

Keluar dari Gua Kelam... Tiada gambar yang dapat diambil..sebab Gelap....


Bergambar di hadapan Gua Ikan....