PAS MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN

Sunday, November 29, 2009

Terima Kasih PAS Cawangan Taman Permint, Terima Kasih Unit Amal

Sumbangan PAS Cawangan Taman Permint dan Unit Amal menyantuni mangsa2 banjir di Pusu 3 memang tidak boleh dinafikan lagi. Bermula dari pindah barang, Jamuan hingga kemas dan bersih rumah..... Terima kasih Ketua Cawangan PAS Taman Permint......







Muslimat...memang tenaga utama PAS...penggerak kemenangan dan perjuangan....



Timbalan Ketua Cawangan, saudara Din sedang mencincang tulang lembu untuk dijadikan juadah....

Nasib Taman Sekitar Pusu 3 Jika Benteng di bina Mengelilingi Pusu 3....

Gambar di bawah adalah gambar taman2 baru yang sedang dalam pembinaan. Kami jangkakan terdapat lebih daripada 500 buah rumah baru sedang dibina dan mungkin akan mula diduduki pada tahun 2010. Bagaimanakah nasih mereka sekiranya Benteng tersebut dibina.... Kalau di Pusu 3, hanya kira2 160 buah rumah sahaja.... Di sini lebih daripada 500 buah rumah dan sekiranya berlaku banjir..... maka disinilah pusat perpindahan terbesar di Terengganu....

Katakan tidak kepada Benteng.....
Kami yakin cadangan daripada MAMPAT melalui CIkgu Fauzi adalah yang terbaik.... iaitu membina kawasan tadahan air yang baru WAJIB dibina...berbanding dengan BENTENG.....



Air masih belum surut di sebelah taman-taman ini, walaupun banjir di Pusu 3 dah surut... Macamana agaknya kalau Benteng dibina....????








Saturday, November 28, 2009

Istana Yb Ramli Noh....



Baru 2 penggal menjadi Yb.... Inilah hasilnya.... lumayan kan.... Patutle dalam UmNoooo orang2 berebut2 utk jadi YB.......

Dikatakan pembinaan rumah tu adalah daripada pinjaman Bank. Berapa agaknya bayaran bulanan Ustaz...... Kalau pinjaman RM 200 K, bayaran bulanan adalah RM 1500, kalau RM 500 K, mungkin mencecah RM 4000K sebulan..... Wow.... berapa agaknya gaji Yb Ramli ...mampu ke nak bayar banyak tu..... hebat Yb... hebat.....

Wednesday, November 25, 2009

Bina BENTENG Utk Elak Banjir..... APA AKAN JADI KEPADA TAMAN LAIN....





Semalam, skuad Kebajikan Tepoh dah mewartakan bahawa akan dibina Benteng mengelilingi Taman Pusu 3 bagi mengelakkan banjir. Skuad Tepoh (SeT)juga telah melontarkan pandangan bahawa cadangan membina Benteng adalah cadangan GILA dan BODOH. SeT berpandangan projek Gila dan Bodoh ini adalah sekadar projek "TESTING" atau 'Try & Error'.

hari ini SeT kemukakan gambar Taman di sekitar Pusu 3 yang tidak termasuk di dalam kawasan Benteng "Bodoh" yang dicadangkan oleh Yb Ramli dan kroni. Beberapa persoalan yang kena di jawab adalah ;

1. Sekiranya tujuan pembinaan Benteng adalah untuk mengelakkan air sungai mengalir masuk ke kawasan Pusu 3, KEMANAKAH air ini akan mengalir ?

JAWAPANNYA --> Air akan mengalir ke kawasan sekitar Pusu 3 di luar Benteng. MAKNANYA.... Taman2 lain disekitar Pusu 3 akan mengalami BANJIR BESAR....!!!. Maknanya.... untuk membantu mangsa di Pusu 3.... Yb Ramli akan MENGORBANKAN penduduk disekitar Pusu 3... termasuklah Baruh Tok Jiring dan Tok Jiring sendiri ????. Adakah ini satu perlaboran yang berbaloi..... ??? Kenapa Yb Ramli beriya-iya benar mahukan projek ini dilaksanakan ???? Ada komisen 10 % ke ???

2. Kawasan Pusu 3 adalah kawasan tanah berpasir. Sekiranya benteng dibina, air masih boleh meresap masuk melalui tanah berpasir tersebut.... Berbaloi ke ke nak bina Benteng dengan kos hampir RM 6 Juta.... hanya untuk sementara.....

3. Nantilah SeT bincangkan.....

Selamat Hari Raya Aidil Adha.......

Monday, November 23, 2009

Pembinaan Benteng Untuk Selamatkan Penduduk Pusu 3, Pro & Kontra....

Alhamdulillah.... sebentar tadi Yb Ramli Noh macam biasalah kalau datang mestilah dengan wartawan... siap TV lagi....

Sekadar berlakon untuk ambik hati penduduk.....

Tapi kali ini datang dengan satu kertas Plan pembinaan Benteng yang mengelilingi Pusu 3... mungkin inilah yang dikatakan menelan belanja RM 6 juta tu kot..

Hasil peperhatian dan soal jawab Wartawan Lujnah Kebajikan kepada orang yang membawa plan tersebut terdapat beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan....

1. Kemungkinan ianya sangat baik untuk Warga Pusu 3.... TETAPI bagaimana dengan penduduk Taman Hj Embong, Taman Darul Iman, Baroh Tok Jiring, Tok Jiring dan Taman2 sekitar yang berada di luar lingkungan Benteng yang bakal dibina tersebut????? Kemungkinan besar mereka akan menjadi mangsa banjir yang lebih teruk seperti mana yang dialami oleh warga Pusu 3 bilamana Lapangan Terbang dan Stadium dibina dulu...... diluar jangka....Apabila air sungai tidak boleh naik ke kawasan Pusu 3, maknanya air akan ke kawasan sekitar.... Maka Kawasan sekitar Benteng akan menjadi mangsa.....

2. Apabila dibina nanti, apa akan berlaku sekiranya Pam Rosak atau tidak berfungsi.... mampukah ianya dibaiki dengan kadar segera.... Atau mungkin Pusu 3 bakal menjadi Tasik Kenyir ke 3. Logik dan menjadi fakta yang tidak mampu disembunyikan lagi bahawa kalau kerja penyelenggaraan dilakukan oleh 'orang kerajaan' ..... lu fikir le sendiri.......

3. Apabila ditanyakan soalan... bagaimana nasib dengan Penduduk Taman Darul Iman, Hj EMbong dan taman2 lain di luar Benteng..... Jawapan yang diterima sangatlah "BODOH" dan sekadar melepaskan batuk ditangga iaitu " Nantilah masalah tu kita fikirkan kemudian"... Ada ke itu jawapan yang patut diberikan.... Inilah konsep yang biasa dilakukan..... Bina dulu.... masalah selesaikan kemudian.... Yang mmenajdi mangsa adalah Rakyat yang setia.......

WAHAI warga Taman Hj Embong..... Fikirkan le.... ini le YB kalian......

Banjir Pusu 3 Semakin Teruk...



Yb... kepala lutut tu Aurat tu.... takkan sayang ke seluar mahal sampai tak sayang ke aurat.... berpada-pada le..... walau pun tengah berlakon.....




Nampaknya banjir yang melanda Pusu 3 semakin teruk. Dilaporkan seramai 60 keluarga telah berpindah ke Pusat Perpindahan. Dimaklumkan juga pada malam tadi kira-kira jam 2 pagi, air meningkat dengan sangat cepat dan dimaklumkan juga bahawa air datang dari atas iaitu dari Taman Salwa.Maknanya air daripada kawasan Lapangan Terbang le tu.....

Unit AMal Kekal Juara Masyarakat ...



Unit Amal memang Beramal Kerana Allah. Walaupun tiada ganjaran diberikan, mereka tetap turun membantu penduduk kampung. Tahniah Unit Amal.... Tahniah PAS... Tahniah Kebajikan Kuala Nerus, Tahniah Kebajikan Tepoh... anda Power....

Gambar Unit AMal menolong perpindahan Penduduk kampung malam ni (23/11/09)...Malam-malam pun turun menolong. Mana JKKKKKKK......

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kami ucapkan dengan ucapan tidak terhingga kepada Unit Amal kerana kerja-kerja dan jasa mereka membantu penduduk Pusu 3 berpindah. Mengekalkan kecemerlangan Unit Amal untuk tahun ke 2 di Pusu 3 adalah satu kerja yang agar sukar dilakukan tatapi tidak bagi Unit AMal.....

Dari hari pertama banjuir melanda Pusu 3, Unit Amal telah bersama penduduk kampung berpindah. Terima kasih unit amal....

Pusu 3 Banjir Lagi...


Yang Berbahagia (YB) Ustaz Abu Bakar Abdullah meninjau sendiri kawasan yang dilanda banjir



Gambaran suasana banjir di Pusu 3 pada petang 23 November 2009

Semoga ALlah memberikan kekuatan kepada saudara-saudara kita di Taman Desa Pusu 3 kerana sekali lagi diuji ALlah dengan kedatangan banjir untuk tahun ke 2. Walaupun telah dijanjikan oleh Dato' Menteri Besar sendiri bahawa masalah banjir akan selesai dan penduduk Pusu 3 tidak akan menghadapi banjir.... namun itulah suratan takdir (kot)...