PAS MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN

Sunday, September 6, 2009

Dua Penggal Timbalan Exco Agama Gagal Selesai Masalah Pagar Kubur

Posted on 7:07 AM by Penyelaras Pemuda PAS DUN Tepoh


KUALA NERUS - Rungutan rakyat yang juga pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh terutama penduduk di Kampung Pondok Lalang dan Kampung Pagar Ubi langsung tidak  diambil peduli oleh wakil rakyatnya.



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/smn041(a)-Kubur%201.JPGAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh yang juga menjawat Timbalan Exco nAgama negeri sejak dua penggal lalu gagal menyelesaikan masalah mengenai pagar di tanah perkuburan Islam di kedua-dua kampung terbabit.

Tinjauan mendapati menemui penduduk di kedua-dua buah kampung berkenaan yang rata-ratanya bersungut tentang kegagalan wakil rakyat mereka.

Malahan, lebih malang lagi salah satu dari tanah perkuburan tersebut merupakan kampung halaman Adun terbabit.


Encik Hamdam Hashim, 50, dari Kampung Pagar Ubi melahirkan rasa dukacita kerana masalah penduduk berkenaan pagar di tanah perkuburan Islam tidak dipedulikan oleh wakil rakyat.

Menurutnya, setiap tahun ratusan ribu peruntukan diberikan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan kampung-kampung melalui peruntukkan wakil rakyat terbabit.

“Saya dengar cerita permohonan untuk dapatkan pagar kubur itu telah dibuat beberapa kali oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Cawangan Umno,” ujarnya.

Menurutnya, pagar di tanah perkuburan tersebut wajar disegerakan kerana menimbulkan pelbagai masalah termasuk batu nisan yang tercabut.

Encik Zaliah Omar, 54, mahukan wakil rakyat lebih peka serta cakna dengan masalah rakyat terutama di kampung sendiri.

Ini kerana, katanya beberapa tanah perkuburan lama kelihatan usang dan tidak terjaga kerana tidak berpagar.

“Jika ada pagar nampaklah elok sikit, lebih terjaga dan tidak merosakkan batu-batu nisan.

“Kita minta wakil rakyat lebih prihatin dalam menjaga masalah rakyat termasuk kawasan tanah perkuburan Islam,” ujarnya.

Menurutnya, rungutan penduduk terhadap Adun yang mewakili Dun Tepoh ini semakin ketara rasa ketidakpuasan hati.

Penduduk setempat memaklumkan Adun terbabit kini semakin tidak dihormati oleh penduduk kerana didakwa telah ‘berubah’ identiti.

Menurut sumber, setelah bergelar ‘Yang Berhormat’ dua penggal lalu wakil rakyat berkenaan kini sedang giat mengumpul ‘harta-hartanya’.

No Response to "Dua Penggal Timbalan Exco Agama Gagal Selesai Masalah Pagar Kubur"

Leave A Reply