PAS MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN

Saturday, November 28, 2009

Istana Yb Ramli Noh....

Posted on 10:48 PM by Penyelaras Pemuda PAS DUN Tepoh



Baru 2 penggal menjadi Yb.... Inilah hasilnya.... lumayan kan.... Patutle dalam UmNoooo orang2 berebut2 utk jadi YB.......

Dikatakan pembinaan rumah tu adalah daripada pinjaman Bank. Berapa agaknya bayaran bulanan Ustaz...... Kalau pinjaman RM 200 K, bayaran bulanan adalah RM 1500, kalau RM 500 K, mungkin mencecah RM 4000K sebulan..... Wow.... berapa agaknya gaji Yb Ramli ...mampu ke nak bayar banyak tu..... hebat Yb... hebat.....

8 comments:

  1. hebat betul istana YB Ramli.Ini yg dikatakan pejuang bangsa dn tanah air.kita doakan YB tambah lgi kekayaan.

    ReplyDelete
  2. Saudara,

    Saya minta maaf, tapi berhemahlah sikit. Jangan jadi insan yang hanya tahu buat tuduhan(baca:fitnah) walaupun mungkin pembinaan rumah menimbulkan keraguan. Tanpa bukti, lebih baik diam. Inilah akhir zaman, fitnah berleluasa.

    Kalau saudara percaya ada yang tidak kena, siasat betul-betul dan kemukakan bukti.

    Beritahu saya apa masalah nak bina rumah walaupun RM 1 juta.(Betul ke 1 juta). Melainkan dapat duit secara haram. Tapi dari apa yang saya baca tiada bukti dikemukakan, fitnah saja. Ini ke akhlak orang islam.

    Aiman
    Berlin, Germany.

    ReplyDelete
  3. wow...ala ala inggeris la kononnya tu

    ReplyDelete
  4. 2 Aiman....

    Terima kasih atas komen saudara....

    Kan telah saya sertakan Hujah... Nilai RM 1 juta diberikan oleh kontraktor.....bukan saya....

    Gaji seorang YB seperti mana yang saya catatkan... tak mampu untuk di mendapatkan nilai pinjaman sebanyak RM 1 juta.....

    Tuan duduk di German .... tahu ke perkembangan di Terengganu... Kalau ada saudara UmNooo di sini.... tanyalah mereka siapakah Yb UmNooo yang mendapat gelaran Ustaz 10 %.... Ini bukan fitnah......

    Saya sekadar memberikan maklumat kepada semua bahawa itulah Istana Yb Ramli.... apa salahnya saya......

    Kalau benda tu tak betul..... Yb Ramli kena perlu diperbetulkan..... Atau Tuan boleh maklumkan kepada Yb tu.... suruh dia perbetulkan salah tanggap kami.....

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saudara yang dihormati,

    Maaf, hujah mengenai nilai itu, apa masalahnya. Masalah saya, hujah saudara hanya andaian dan imaginasi saudara. Berilah bukti, YB itu pinjam dibank mana, berapa jumlahnya, dan berapa bayanan jumlah bulanannya. Barulah molek sikit.

    Jangan buat tuduhan dan andaian. Tidak betul saudara. Hujah saudara tak kukuh.

    Kalau saudara tunjuk gambar sahaja, ini rumah YB itu. Masih Ok lagi. Salahnya saudara baca sendiri ayat yang saudara tulis. Maksud yang tersiratnya tak manis. Itu saja.

    Kalau saudara terima teguran saya ok, kalau tidak pun ok. Tapi saya berpegang pada prinsip, jangan membuat andaian sehingga kita mendapat bukti yang kukuh (beyond reasonable doubt)

    Aiman

    ReplyDelete
  6. Saudara Aiman...

    Terima kasih kerana reply lagi....
    Mungkin saya kurang menjelaskan kepada saudara kot... maaf lah....

    Sebenarnya kata2 membuat pinjaman tu datang dari Yb Ramli sendiri kepada orang kampung bilamana orang kampung bertanya kepada beliau ambik mana pitis... TU lah jawapannya bahawa beliau buat pinjaman bank... Jadi itu yang saya persoalkan ...bank mana yang nak bagi dia pinjaman tu..... ???

    Apa yang salah dalam ayat2 saya....
    Kenapa salahke saya persoalkan macamana dia dapat duit utk bina Bunglo berharga RM 1 juta ?
    Atau di mana salahnya ayat saya ? Tolong jelaskan.....

    ReplyDelete
  7. Saya hormati pandangan saudara menyatakan "jangan membuat andaian sehingga kita dapat bukti yang kukuh " - pandangan yang baik

    Tapi saudara cuba dengar hujah Dr Hasbullah menyatakan orang yang menolak persepsi adalah ketinggalan zaman, beradea di kurun ke 17....

    Cuba pula saudara beri hujah Bagaimana sebuah rumah yang dianggarkan oleh kontraktor berjumlah RM 1 juta boleh dibuat oleh seorang Yb yang baru 2 penggal menjadi Yb sedangkan dia bukanlah dari keluarga berada dan tiada harta lain.....;
    1. Pinjaman bank - ada ke bank nak bagi
    2. Duit gaji... Kalau sebulan dapat RM 5 k , 2 tahun baru RM 120 K, tu pun maknanya duit tu tak belanja terus lah....

    3. Apa lagi...... ????

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Tuan,

    Persepsi bukan kebenaran. Biar kita berada pada kurun ke 17 pun, tapi asas kita adalah kebenaran, iaitu berasaskan fakta. Untuk buat tuduhan, biarlah kemukakan bukti-bukti kukuh, solid and sound. Apa yang tidak berapa jelas itu kita diamkan sehingga ada bukti yang kukuh. Mengapa kita perlu bersangka buruk pada orang.

    Dalam mana-mana undang-undang pun, seseorang tidak dianggap bersalah dengan hanya dikenakan tuduhan. Disebabkan saudara sedikit sebanyak membuat tuduhan, beban membukti tuduhan adalah dibahu saudara bukan sebaliknya.

    Saya rasa kita tamatkan perbincangan disini, dan tidak perlu diperpanjang, terpulang pada saudara.

    ReplyDelete