PAS MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN

Wednesday, December 30, 2009

Projek Baru ... Kenapa Gelojoh Sangat... ??? Berbincanglah Dulu Dengan Pengundi YB....

Posted on 5:32 AM by Penyelaras Pemuda PAS DUN Tepoh

Pembangunan ‘Gelojoh’ Kerajaan

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita18/projektepoh1.jpg
Tepoh, KUALA NERUS – Dengan slogan ‘merakyatkan pembangunan’ kerajaan negeri Terengganu telah melaksanakan ‘projek’ dengan ‘tergesa-gesa’ tanpa mengambil kira langsung, sentimen dan perasaan rakyat.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Muzafeq Muhammad berkata tindakan ‘gelojoh’ tersebut adalah kerana, pihak kontraktor mahu pulangan segera setelah ‘melabur’ kepada pelobi yang berjaya mendapatkan tender berkenaan.

”Ini yang berlaku kepada projek ini, pemilik tanah dan rakyat tempatan tidak diberitahu buat dan dirundingkan tentang pembesaran jalan,

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/projektepoh3.jpg“kelmarin kontraktor paket tanah, hari ini sodok selalu,”katanya yang ditemui ditapak Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Jeram ke Kampung Tok Kong, Batu 9 Jalan Kelantan, disini semalam.

Menurutnya beliau segera hadir setelah dihubungi rakannya yang juga pemilik tanah Tapak Semaian (Nursery) memaklumkan, tanahnya akan di sodok untuk pembangunan jalan.

Katanya, rakan tersebut, Mohd Ramzim Mohd Yusof, 35, sedang bertugas sebagai pekerja swasta di daerah Kemaman, mewakilkan urusan tanah terbabit kepada pihaknya.

Muzafeq (Gambar kanan - berbaju biru laut) agak terkejut, apabila perbincangan dibuat dengan pihak kontraktor, beliau dimaklumkan oleh ‘pengurusnya’, tanah tapak ‘nursery’ yang akan disodok itu adalah termasuk dalam rezab jalan

”Apabila saya tanya, sudahkah berbincang dengan pemilik dan pengusaha ‘nursery’, pekerja tersebut menjawab beliau tidak tahu,”ujar Muzafeq.

Sehubungan itu, wartawan Buletin membuat tinjauan sekitar penduduk berhampiran bagi mengetahui kedudukan sebenar perlaksanaan projek terbabit.

Lebih menghairankan, kesemua penduduk dan pemilik tanah yang dijangka ‘terkesan’ dengan pembangunan tersebut turut tidak mengetahui apa-apa, kecuali mendengar dari cakap-cakap orang ramai.

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/projektepoh2.jpg”Tak….. tak ada, tak tahu….pun, JKKK tak mari bincang, kontraktor tak mari bincang, wakil rakyat pun tak nampak batang hidung,”kata seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Mamat, ketika ditemui Buletinonline.

(Gambar kiri - rumah milik seorang warga emas yang akan menjadi korban projek)

Beliau yang sedang menampal tayar motosikalnya ketika ditanya menjawab tidak tahu bila projek tersebut bermula dan yakin tidak ada pihak Jawatankuasa Keselamatan dan kemajuan Kampung (JKKK) yang bertemu dengan keluarganya.

”Tak dok…… tak dok…. Kalu ada Ayah mesti khabor,”katanya ringkas.

Seorang warga emas yang mahu dipanggil sebagai ‘Pok’ sahaja turut mengesahkan perkara yang sama.

Beliau yang memiliki tanah dan rumah berhampiran kawasan itu berkata, kawasannya mungkin tidak disodok kerana pagar rumah yang didiami anaknya itu, terletak diluar ‘batu sempadan’.

Sambil menunjukkan sudut dimana terletaknya ‘batu’ itu, Pok berkata beliau tidak tahu tarikh sebenar projek tersebut akan dilaksanakan, namun pernah mendengar ‘khabar-khabar’ tentang projek tersebut sebelum ini


Papan tanda projek yang terdapat dikawasan itu menyatakan projek pembangunan tersebut yang telah dianugerahkan kepada MZ.Hakujaya Sdn Bhd.
.


Seterusnya >> MZ.Hakujaya milik Ketua Pemuda Umno Terengganu?


http://buletinonline.net/images/stories/berita18/projektepoh.jpg
Last Updated ( Wednesday, 30 December 2009 13:42 )

No Response to "Projek Baru ... Kenapa Gelojoh Sangat... ??? Berbincanglah Dulu Dengan Pengundi YB...."

Leave A Reply