PAS MENUJU NEGARA BERKEBAJIKAN

Saturday, December 12, 2009

TAKZIAH : PAS Cwgn Taman Permint Makmur Kehilangan Timbalan Ketua Cawangan

Posted on 1:31 AM by Penyelaras Pemuda PAS DUN Tepoh

Takziah kepada PAS Cawangan Taman Permint Makmur kerana kehilangan Timbalan Ketua Cawangan yang kembali kerahmatullah pada 12 Disember 2009. Pemergian saudara Solahuddin atau lebih dikenali sebagai Pok Din Kapal sangat2 dirasai kerana sumbangan beliau kepada PAS Cawangan. Pok DIng kena 'angin' pada hari Rabu yang lalu dan mengakhirkan hayatnya pada kira-kira jam 2.20 pagi hari Ahad....

Jasa dan bakti beliau kepada PAS Cawangan Taman Permint Makmur dan Surau Wakaf Tembusu sangat2 besar dan tidak mampu dinyatakan...semoga segala jasa2 baktinya dan kebajikan yang dilakukannya membolehkan ALLAH menempatkan beliau bersama para solehin..... amin....


Gambar terakhir Pok Din sedang menakir tulang lembu korban semasa majlis meraikan mangsa Banjir... Semoga amal bakti Pok Din membantu beliau di alam sana... amin....
Sapa pulak akan menggantikan beliau nanti agaknya? Semoga patah tumbuh hilang berganti....... amin.....


http://tepoh-kebajikan.blogspot.com/2009/11/terima-kasih-pas-cawangan-taman-permint.html

1 comment:

  1. "Setiap yang hidup pasti mati" Ucapan Takziah kami dari Pemuda Cawangan Batu Enam. Moga-moga beliau ditempatkan para syuhada'..

    Amin...

    ReplyDelete